Search This Blog

Lawatan persekitaran 5S ke IKM Lumut


Lawatan Persekitaran 5S ke IKM Lumut dan SUK Perak telah diadakan pada 8 hingga 10 februari 2012.. Seramai 35 orang pegawai telah menyertai lawatan ini. Tujuan lawatan diadakan bagi memberi pendedahan apa itu 5S dan bagaimana ia dilaksanakan. Kami telah dibawa melawat ke beberapa bahagian yang ada di situ.

Dewan Taklimat 5S

Peserta khusyuk mendengar taklimat 5S oleh Setiausaha 5S IKM Lumut

Di beri penerangan berkenaan Fail induk

Susun atur 5S yang telah dilaksanakan di IKM Lumut

Visi Dan Misi 5S

VISI

Menjadikan IKBN Wakaf Tapai sebagai Institusi Latihan Kemahiran Terunggul dengan mengamalkan amalan Persekitaran berkualiti 5S dalam melahirkan tenaga kerja mahir negara.


MISI 

Menjadikan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S sebagai Budaya Warga IKBN Wakaf Tapai dalam memberikan perkhidmatan yang bersistematik, efisien dan berkualiti.

IKRAR PELAKSANAAN 5S

Kami warga IKBN Wakaf Tapai berikrar untuk mengamalkan dan mengekalkan prinsip 5S yang tinggi di tempat kerja melalui disiplin diri, semangat berpasukan dan kreativiti untuk :
  •      Membina persekitaran kerja yang selamat dab selesa
  •      Membasmi pembaziran
  •      Meningkatkan produktiviti
  •      Mencapai mutu perkhidmatan yang cemerlang
  •      Meningkatkan kualiti pelajar keluaran IKBN/IKTBN

OBJEKTIF 5S

Memastikan Pengurusan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S yang cekap dan berkesan untuk mencapai ciri-ciri kualiti tempat kerja seperti berikut:
  • Menghasilkan mutu perkhidmatan yang berkualiti dan cekap
  •                         Mengeratkan kerjasama dikalangan kakitangan
  •                         Meningkatkan moral dan semangar kerja yang tinggi
  •                         Mewujudkan budaya “kaizen” dan modal insan yang berinovasi
  •                         Mengekalkan persekitaran kerja yang selamat, bersih dan selesa