Search This Blog

AUDIT MPC

 
ISNIN, 26 MAC 2012 -  Audit Persijilan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S bagi Institut Kemahiran Belia Negara telah diadakan oleh pihak Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). Tuan Haji Nik Rosdi Nik Soh selaku juruaudit MPC pada hari tersebut telah mengumumkan bahawa Institut Kemahiran Belia Negara WAkaf Tapai telah lulus pengauditan dan layak untuk dianugerahkan persijilan 5S.Pengauditan relah dilaksanakan dengan jayanya di beberapa blok seperti asrama lelaki dan perempuan, pejabat cawangan pengurusan pelajar, bengkel paip gas, bengkel penyelenggaraan, blok jahitan, bengkel kimpalan, dewan makan dan pejabat cawangan penyelarasan dan kawalan kualiti.
    

14 MAC telah tiba....

14 Mac 2012 - tarikh ini merupakan tarikh yang dinanti-nanti bagi mengetahui sejauhmanakah berjayanya amalan 5s di IKBNWT 








..

GOTONG-ROYONG ASRAMA

 8 MAC - Semua pelajar lelaki dan perempuan serta kakitangan IKBNWT telah terlibat dalam aktiviti gotong-royong kawasan asrama lelaki dan perempuan. Operasi gotong-royong telah berlangsung selama 7 jam.. Pelajar diarahkan untuk menjalankan operasi SISIH, SUSUN dan SAPU.









Lawatan persekitaran 5S ke IKM Lumut


Lawatan Persekitaran 5S ke IKM Lumut dan SUK Perak telah diadakan pada 8 hingga 10 februari 2012.. Seramai 35 orang pegawai telah menyertai lawatan ini. Tujuan lawatan diadakan bagi memberi pendedahan apa itu 5S dan bagaimana ia dilaksanakan. Kami telah dibawa melawat ke beberapa bahagian yang ada di situ.

Dewan Taklimat 5S

Peserta khusyuk mendengar taklimat 5S oleh Setiausaha 5S IKM Lumut

Di beri penerangan berkenaan Fail induk

Susun atur 5S yang telah dilaksanakan di IKM Lumut

Visi Dan Misi 5S

VISI

Menjadikan IKBN Wakaf Tapai sebagai Institusi Latihan Kemahiran Terunggul dengan mengamalkan amalan Persekitaran berkualiti 5S dalam melahirkan tenaga kerja mahir negara.


MISI 

Menjadikan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S sebagai Budaya Warga IKBN Wakaf Tapai dalam memberikan perkhidmatan yang bersistematik, efisien dan berkualiti.

IKRAR PELAKSANAAN 5S

Kami warga IKBN Wakaf Tapai berikrar untuk mengamalkan dan mengekalkan prinsip 5S yang tinggi di tempat kerja melalui disiplin diri, semangat berpasukan dan kreativiti untuk :
  •      Membina persekitaran kerja yang selamat dab selesa
  •      Membasmi pembaziran
  •      Meningkatkan produktiviti
  •      Mencapai mutu perkhidmatan yang cemerlang
  •      Meningkatkan kualiti pelajar keluaran IKBN/IKTBN

OBJEKTIF 5S

Memastikan Pengurusan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S yang cekap dan berkesan untuk mencapai ciri-ciri kualiti tempat kerja seperti berikut:
  • Menghasilkan mutu perkhidmatan yang berkualiti dan cekap
  •                         Mengeratkan kerjasama dikalangan kakitangan
  •                         Meningkatkan moral dan semangar kerja yang tinggi
  •                         Mewujudkan budaya “kaizen” dan modal insan yang berinovasi
  •                         Mengekalkan persekitaran kerja yang selamat, bersih dan selesa

APA ITU 5S

SEIRI SISIH
Mengasingkan barang-barang yang tidak diperlukandi tempat kerja dan membuangkannya

SEITON SUSUN
Susun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya ianya mudah diambil untuk digunakan

SEISO SAPU
Bersihkan tempat kerja anda dengan rapi supaya tiada habuk di atas lantai, mesin dan perkakas

SEIKETSU SERAGAM
Memelihara taraf penjagaan kebersihan dan penyusunan tempat kerja yang tinggi pada setiap masa

SHITSUKE SENTIASA AMAL
Melatih pekerja mematuhi peraturan penjagaan kebersihan yang baik dengan sendirinya


IKBN Wakaf Tapai


IKBN wakaf tapai merupakan salah satu IKBN yang turut serta dalam proses untuk mendapatkan pengiktirafan  persijilan 5S  yang di kehendaki oelh pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang mana   persijilan dijangkakan pada 31 MAC 2012.